Monday, April 18, 2011

Rahsia doa


Ayat al-Quran, doa tangani kerenah anak
Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti
jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa
dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang
hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.
Di sini, saya ingin berkongsi doa yang biasa amalkan dalam menangani kerenah anak
sendiri dan anak jagaan di taska dan tadika. Ia adalah kumpulan doa yang banyak
saya petik hasil daripada pembacaan selama ini, terutama daripada Nasiyah Abdul
Razak, pengasas Rumah Qiraati Nurhidayah, Taman Melawati Selangor.
Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif
sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Ma! ha Lembut
kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah
Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air
untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran
bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran
kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya
Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah
Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria be! rmaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa
kepada Tuhan-Nya, katanya: W ahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu
zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa
permohonan.”
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Selepas solat lima waktu, saya mengamalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”

1 comment:

  1. salam kak....
    saya mohon share kat facebook saya...
    dah ambik baru mintak...
    hehehe...petikan yg sgt bagus.
    tq kak!

    ReplyDelete